THEIN Ko Htu dan Nabila tidak dapat menahan sedih atas kehilangan empat anaknya. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
THEIN Ko Htu dan Nabila tidak dapat menahan sedih atas kehilangan empat anaknya. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
BERNAMA

Muar: Jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini malam semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, malam ini.

Jenazah Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4; dan Fatihah Aisyah, 3; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 8.15 malam.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan Nabila Sedu, 31; dan Thein Ko Htut, 30, kelihatan masih sugul dan tidak bermaya tatkala jenazah keempat-empat anak mereka disemadikan.

Terdahulu, keempat-empat jenazah disembahyangkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang turut disertai ahli keluarga dan keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Semalam, kesemua kanak-kanak berkenaan ditemukan maut di bilik air di bahagian dapur rumah selepas rumah sewa yang didiami mereka terbakar sehingga 70 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 10:41 PM