Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Farah Marshita Abdul Patah

Kuala Lumpur: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalur mulai 5 April, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Fasa 2 STR itu akan membabitkan peruntukan berjumlah RM1.26 bilion.

Pengumuman mengenainya dibuat Anwar yang juga Menteri Kewangan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam.

Setakat hari 28 Mac lalu terdapat tambahan sebanyak 574,886 permohonan baharu yang diterima bagi inisiatif STR dan pembayaran fasa pertama dilaksanakan pada 17 Januari lalu yang membabitkan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion.

Manakala pembayaran fasa ketiga akan dilakukan pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 11:34 AM