NIK Yusaimi (tengah) menunjukkan barangan alat mainan seks yang dirampas. FOTO Samadi Ahmad
NIK Yusaimi (tengah) menunjukkan barangan alat mainan seks yang dirampas. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas alat mainan seks berjumlah RM115,000 yang dipasarkan secara dalam talian di rumah di Kota Warisan,Sepang, 19 Disember lalu.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) KDN,Nik Yusaimi Yusoff berkata,rampasan itu dilaksanakan Bahagian PKK menerusi Ops Maya hasil pemantauan sebulan di laman jualan dalam talian.

Menurutnya, lelaki berusia 57 tahun ditahan dan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, 2 Februari lalu dan dikenakan denda RM5,000.

"Hasil risikan mendapati kegiatan ini sudah beroperasi sejak penghujung 2022 dan barang yang dirampas itu diimport dari China dan Thailand serta hasil jualan boleh mencecah sehingga RM300,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nuk Yusaimi berkata, barangan berkenaan dijual antara RM70 hingga RM1,500.

Menurutnya,KDN juga sedang mengadakan siasatan jika terdapat rangkaian penjual lain yang memasarkan barangan larangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2023 @ 6:17 PM