RUMAH berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
RUMAH berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Zuliaty Zulkiffli


Baling: Kanak-kanak perempuan ditemukan meninggal dunia selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil di sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemukan di dalam bilik tidur di tingkat bawah rumah berkenaan oleh bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.08 pagi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling tiba di lokasi tidak lama kemudian.

"Kebakaran membabitkan struktur rumah kelas B yang terbakar 90 peratus.

"Hasil pemerhatian Pasukan Kawalan Operasi (PKO), kebakaran bermula pada bahagian dalam bilik tidur sebelah kanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 9:45 AM