KAPAL Kargo Mv Dai Cat 06 yang didaftarkan di Malaysia, dipercayai membawa muatan besi dan lima kru dilaporkan hilang. FOTO Bernama
KAPAL Kargo Mv Dai Cat 06 yang didaftarkan di Malaysia, dipercayai membawa muatan besi dan lima kru dilaporkan hilang. FOTO Bernama
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Operasi carilamat anak kapal MV Dai Cat 06 hari ini bertumpu di kawasan terakhir isyarat kecemasan dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) menggunakan Sistem COSPAS-SARSAT.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, ketika ini pencarian kapal membawa muatan 527 batang besi yang dilaporkan hilang, 9 Januari lalu masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional (BASARNAS) di perairan Natuna.

Beliau berkata, Op Carilamat hari ini diteruskan dengan pembabitan sebuah bot dan sebuah kapal daripada Kantor SAR Natuna sertan bantuan sebuah bot dari Kantor SAR Pontianak.

"APMM juga sudah mengatur gerak aset di Maritim Sarawak bagi membantu pencarian di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu di perairan Tanjung Datu sehingga ke perairan Kuching.

"Selain itu, APMM juga masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah membabitkan kehilangan kapal ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kapal berkenaan membawa lima anak kapal iaitu dua warga Indonesia termasuk nakhodanya yang dikenali sebagai Adi, 46, dan Ketua Jurutera, Damai Papane Ole, 57, serta warga Malaysia, Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24, (Ketua Pegawai); dan dua kelasi Derrent Littor Malaysia, serta Mohammad Suhaideh Sudin, kedua-duanya berusia 22 tahun.

Kapal berkenaan dilaporkan keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember lalu menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Disember lalu.

Berita berkaitan:

Siasat jika ada unsur jenayah

Di mana MV Dai Cat 06?

4 teori kehilangan

APMM dedah identiti kru kapal kargo MV Dai Cat 06

• Nasib kapal, lima kru yang hilang masih menjadi tanda tanya

Kapal bawa batang besi bersama 5 kru hilang sejak 10 hari lalu [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2023 @ 6:08 PM