GAMBAR tular seorang lelaki maut dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan dua kumpulan remaja. FOTO ihsan PEMBACA
GAMBAR tular seorang lelaki maut dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan dua kumpulan remaja. FOTO ihsan PEMBACA
Ruwaida Md Zain


Klang: Beberapa suspek yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan dua kumpulan remaja awal pagi semalam, menjadi buruan polis susulan kematian seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung satu

pergaduhan di Taman Intan, Kapar di sini, jam 2 pagi semalam.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kapar bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota polis dimaklumkan, seorang lelaki ditemui terbaring di atas jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

"Polis mengesyaki berlaku pergaduhan dua kumpulan remaja. Dalam kejadian itu, mangsa ditetak menggunakan senjata tajam tidak jauh dari tempat kejadian," katanya tadi.

Vijaya Rao berkata, dua suspek utama yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan sudah dikenali pasti.

"Suspek adalah lelaki tempatan berumur 20-an dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

"Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Hanis (019-9099763) atau Ibu Pejabat Daerah Klang Utara (03-32912222) atau balai polis berhampiran," katanya.

KLANG 10 JANUARI 2023. Gambar tular seorang lelaki maut dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan dua kumpulan remaja. NSTP/IHSAN PEMBACA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 2:47 PM