ZAFRUL Tengku Abdul Aziz. FOTO Bernama
ZAFRUL Tengku Abdul Aziz. FOTO Bernama
Raja Noraina Raja Rahim


Image

Kuala Selangor: Parlimen Kuala Selangor bakal berdepan pertarungan sengit apabila sekurang-kurangnya empat calon menghantar borang pencalonan mereka untuk kerusi parlimen itu.

Calon pertama tiba di pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, adalah calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd Shaid Rosli pada jam 8.10 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjadi calon kedua tiba bersama isteri Raja Datin Seri Johanna Raja Arshad dengan diiringi lebih 100 penyokong.

Turut kelihatan tiba di pusat penamaan itu adalah penyandang kerusi parlimen berkenaan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Pakatan Harapan) yang memakai baju Melayu lengkap berwarna merah.

Selain itu, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar turut kelihatan tiba bersama sekumpulan penyokong.

Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), R Loganathan yang sebelum ini mengesahkan mahu bertanding di Parlimen Kuala Selangor dijangka menjadi calon terakhir, namun setakat jam 9.30 pagi beliau masih belum kelihatan tiba untuk menghantar borang pencalonannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 10:12 AM