CALON BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di perkarangan Kompleks Kejiranan Presint 9. FOTO Amir Abd Hamid
CALON BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di perkarangan Kompleks Kejiranan Presint 9. FOTO Amir Abd Hamid
Amir Abd Hamid


Image

Putrajaya: Hujan gerimis di pusat pentadbiran Putrajaya tidak menghalang calon P125 Parlimen Putrajaya dan penyokong mereka berarak ke lokasi penamaan calon di Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini, hari ini.

Difahamkan, kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan menyaksikan pertarungan enam penjuru membabitkan masing-masing calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan dua calon Bebas.

Calon BN membabitkan penyandang empat kali Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 72, calon PN Datuk Dr Radzi Jidin, 45, calon PH Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, 47, calon Pejuang Datuk Mohd Rosli Ramli, 64, dan difahamkan dua calon Bebas.

PRU-15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 9:00 AM