KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Jalan Changkat Jong di sini. FOTO Ihsan Bomba.
KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Jalan Changkat Jong di sini. FOTO Ihsan Bomba.
Balqis Jazimah Zahari


Teluk Intan: Dua lelaki parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Changkat Jong di sini, hari ini.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan memaklumkan kejadian pada 5.48 petang sebelum anggota bergegas ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV, Proton Saga dan Proton Wira.

"Terdapat satu mangsa di dalam Proton Wira yang parah akibat tersepit, manakala seorang lagi mangsa yang parah di keluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurutnya, mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan seterusnya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada 6.37 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2022 @ 10:31 PM