Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti identiti semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur hala Kuantan, dekat Temerloh, Pahang, hari ini.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 3 pagi itu adalah sebuah treler, trak tunda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, tiga daripada empat individu yang maut dalam kemalangan itu adalah penumpang kenderaan MPV.

"Tiga mangsa berkenaan adalah Mohmed@Mohamed Shamsuddin, 75; Kamariah Hamzah, 72; dan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Danis berusia 12 tahun.

"Pemandu trak tunda, Mohd Azuan Zainal Abidin berusia 53 tahun turut dilaporkan maut dalam kemalangan ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, 11 lagi mangsa cedera dalam kejadian itu termasuk pemandu serta tujuh penumpang MPV berkenaan berusia antara dua hingga 30 tahun.

"Tiga lagi mangsa yang cedera pula membabitkan pemandu serta dua penumpang kereta berusia antara lima hingga 36 tahun.

"Pemandu treler berusia 56 tahun pula dilaporkan mengalami cedera ringan dan ditahan bagi membantu siasatan kemalangan terbabit," katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2022 @ 3:44 PM
ANAK kepada mangsa kemalangan maut, Nor Hanis Syahirah, 17, bersama adiknya Muhammad Hadif Hakimi, 15, di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS). FOTO Farizul Hafiz Awang
ANAK kepada mangsa kemalangan maut, Nor Hanis Syahirah, 17, bersama adiknya Muhammad Hadif Hakimi, 15, di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS). FOTO Farizul Hafiz Awang
AHLI keluarga dan kenalan mangsa di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS) berikutan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur yang menyebabkan empat orang meninggal dunia. FOTO Farizul Hafiz Awang