PETIKAN video tular menunjukkan persembahan individu terbabit di CH.
PETIKAN video tular menunjukkan persembahan individu terbabit di CH.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pengurusan kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu yang menghina kesucian agama Islam menerusi perbuatannya yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, Crackhouse Comedy Club (CH) berkata, selepas berlaku persembahan berkenaan, individu itu dilarang daripada kembali ke Crackhouse Comedy Club.

"Pihak kelab sudah membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

"Kenyataan terperinci berhubung kejadian terbabit akan menyusul," katanya yang memuatnaik kenyataan itu di laman Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab di TTDI, di sini.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyatakan sedang menyiasat kejadian video tular itu.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 5:16 PM