Wartawan Harian Metro, Nazri Abu Bakar (kanan) menerima Anugerah Emas Rencana Cemerlang  pada Malam Anugerah Media Melaka 2021 di LaCrista Hotel, Melaka, malam tadi. FOTO SYAFEEQ AHMAD
Wartawan Harian Metro, Nazri Abu Bakar (kanan) menerima Anugerah Emas Rencana Cemerlang pada Malam Anugerah Media Melaka 2021 di LaCrista Hotel, Melaka, malam tadi. FOTO SYAFEEQ AHMAD
Nazri Abu Bakar


Melaka: Harian Metro memenangi dua anugerah emas sempena Anugerah Media Melaka 2021, di sini, malam tadi.

Anugerah Emas itu dimenangi wartawan, Nazri Abu Bakar bagi kategori Rencana Cemerlang bertajuk Rumahku Muzium RM2 juta dan kategori Foto Cemerlang menerusi jurugambar Iqmal Hakim Rosman (Musim Bunga Keladi Macam dekat Oversea).

Kemenangan itu membolehkan masing-masing menerima wang tunai RM3,000, trofi dan sijil.

Sementara itu, Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) turut memenangi dua lagi anugerah perak dan anugerah gangsa.

Dua Anugerah Perak diraih bagi kategori Laporan TV Cemerlang menerusi jurugambar TV3, Baharudin Mohamed dan Anugerah Foto Cemerlang menerusi jurugambar NSTP, Ahmad Shahrin Syafeeq Ahmad Zamzuri, sekali gus membolehkan mereka membawa pulang RM1,500, trofi dan sijil.

Anugerah Gangsa pula dimenangi jurugambar TV3 bagi kategori Laporan TV Cemerlang menerusi Mahdi Abd Manaf yang menerima RM750 berserta trofi dan sijil.

MPB turut menerima Anugerah Khas Ketua Menteri yang diterima Timbalan Editor Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Azhari Muhidin yang membawa pulang RM1,000, trofi dan sijil.

Sebanyak lapan anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Berita Cemerlang, Anugerah Laporan TV Cemerlang dan Anugerah Kandungan Radio Cemerlang.

Selain itu, Anugerah Rencana Cemerlang, Anugerah Foto Cemerlang, Anugerah Personaliti Media, Anugerah Khas Ketua Menteri Melaka dan Anugerah Emas Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, dia amat menghargai jasa media kepada pembangunan negeri selain gembira dapat meraikan petugas dan pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri itu.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Februari 2022 @ 1:41 PM