GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 13,777 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan untuk seminggu ini (11 Jun - 17 Jun 2022) berbanding 10,978 kes minggu lalu (4 Jun hingga 10 Jun).

Semalam, kes harian baharu masih sekitar 2,000 iaitu 2,130 kes, menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 25,626 kes dan kes kumulatif sebanyak 4,536,795 kes.

Selangor kekal menyumbang kes harian tertinggi semalam dengan 776 diikuti WP Kuala Lumpur 553 kes, Pulau Pinang 168 kes, Perak 148 kes dan Sabah 115 kes.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Negeri Sembilan 82 kes, Johor 60 kes, Melaka 54 kes, Sarawak 53 kes, Kedah 44 kes, Pahang 26 kes, WP Putrajaya 22 kes, Terengganu 14 kes dan Kelantan 11 kes.

Sebuah negeri mencatat kes satu angka iaitu Perlis 4 kes, sementara WP Labuan sifar kes.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (11 Jun hingga 17 Jun 2022):-

11 Jun (1,709),
12 Jun (1,571), 13 Jun (2,092), 14 Jun (1,922), 15 Jun (2,320), 16 Jun (2,033) dan 17 Jun (2,130).

Rekod kes harian baharu Covid-19 (4 Jun hingga 10 Jun 2022):-

4 Jun (1,591), 5 Jun (1,358), 6 Jun (1,330), 7 Jun (1,128), 8 Jun (1,518), 9 Jun (1,887) dan 10 Jun (2,166).

Sebanyak 1,080 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga 11.59 malam 17 Jun 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,45,438.

Protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai "exit strategy" untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini juga, tiada sebarang kluster baharu dilaporkan.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,015 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (16 Jun), hanya tinggal empat (4) kluster yang masih aktif.

Dengan sebanyak 4,536,795 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,581,429 kes dan Portugal 5,005,783.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 81,733 diikuti Taiwan 55,261 kes dan Perancis 50,605 kes.

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,038,265 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat 11.59 mlm 17 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 24,585 kes (95.9 peratus) dikuarantin di rumah daripada 25,626 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 13 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 993 kes (3.9 peratus) di hospital; 16 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 19 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes sembuh:-

11 Jun (1,746), 12 Jun (1,887), 13 Jun (1,876), 14 Jun (1,564), 15 Jun (1,390), 16 Jun (1,337) dan 17 Jun (1,080).

* kes kumulatif sembuh sehingga 17 Jun 2022 sebanyak 4,475,438.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

1 Jun (22,712), 12 Jun (22,395), 13 Jun (22,607), 14 Jun (22,961), 15 Jun (23,886), 16 Jun (24,577) dan 17 Jun (25,26).

Perincian kes harian baharu (2,130 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 17 Jun 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Perak 148 (+0), Pulau Pinang 168 (+0), Sabah 115 (+0), Selangor 776 (+0) dan WP Kuala Lumpur 553 (+0).

K​​​​es harian baharu dua angka - Johor 60 (+0), Kedah 44 (+0), Kelantan 11 (+0), Melaka 54 (+0), Negeri Sembilan 82 (+0), Pahang 26 (+0), Sarawak 53 (+)), Terengganu 14 (+0) dan WP Putrajaya 22 (+0);

Kes harian baharu satu angka - Perlis 4 (+0);

Kes harian baharu sifar - WP Labuan 0 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

11 Jun - Kes baharu 1,709 ; Kes kumulatif 4,524,727; Kes import 3;

12 Jun - Kes baharu 1,571 ; Kes kumulatif 4,526,298; Kes import:1;

13 Jun - Kes baharu 2,092 ; Kes kumulatif 4,528,390; Kes import:0;

14 Jun - Kes baharu 1,922 ; Kes kumulatif 4,530,312; Kes import 3;

15 Jun - Kes baharu 2,320 ; Kes kumulatif 4,532,632; Kes import 4;

16 Jun - Kes baharu 2,033 ; kes kumulatif 4,534,665; Kes import 0.

17 Jun - Kes baharu 2,130 ; kes kumulatif 4,536,795; Kes import 0.

Sementara itu, setakat 17 Jun 2022, hanya ada empat kluster aktif dalam negara. Jumlah kluster yang dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara sebanyak 7,015 kluster.

Tiada kluster baharu dilaporkan oleh KKM sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 11:06 AM