GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah kes harian baharu Covid-19 untuk tempoh seminggu (23 Julai-29 Julai) susut sedikit kepada 28,884 kes berbanding 30,127 kes untuk tempoh yang sama 16 Julai hingga 22 Julai 2022.

Semalam (29 Julai), sebanyak 4,860 kes lagi dilaporkan termasuk 11 kes import, sementara kes aktif meningkat kepada 48,300. Daripada jumlah itu, 95.9 peratus (46,334 kes) menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 54 kes kematian pesakit Covid-19 dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman ini, menjadikan jumlah kes kematian setakat ini sebanyak 35,956 kes.

Kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,672,999.

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 11.59 malam 29 Julai 2022, daripada 4,860 kes, dua negeri mencatat kes empat angka iaitu Selangor (1,649) dan WP Kuala Lumpur (1,466).

Enam negeri mencatat kes tiga angka iaitu Sabah (292), Perak (272), Pulau Pinang (246), Negeri Sembilan (195), Kedah (150) dan Melaka (112).

Kes dua angka dilaporkan di WP Putrajaya (95), Johor (95), Sarawak (94), Pahang (73), Kelantan (64), WP Labuan (30) dan Terengganu(21). Perlis mencatat kes satu angka (6).

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 23 Julai hingga 29 Julai 2022:-

23 Julai (4,816), 24 Julai (2,720), 25 Julai (3,300), 26 Julai (4,759), 27 Julai (4,503), 28 Julai (3,926) dan 29 Julai (4,860).

Rekod kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 16 Julai hingga 21 Julai 2022:-

16 Julai (5,047), 17 Julai (3,936), 18 Julai (3,080), 19 Julai (3,902), 20 Julai (5,685), 21 Julai (4,587) dan 22 Julai (3,890).

Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

23 Julai (7,889, 24 Julai (6,175), 25 Julai (5,551), 26 Julai (12,419), 27 Julai (8,763), 28 Julai (8,565) dan 29 Julai (7,938).

Sementara itu, sebanyak 3,836 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 29 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,588,743 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan lapan (8)kluster baharu iaitu pada 24 Julai (1 - pendidikan), 25 Julai ( 1 - kumpulan berisiko tinggi); 26 Julai (2 - pendidikan dan 2 - kumpulan berisiko tinggi) dan 28 Julai ( 1 - kumpulan berisiko tinggi dan 1 - pendidikan).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,038 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 29 Julai, 20 kluster masih aktif.

Dengan sebanyak 4,672,999 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,732,191) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 230,055 diikuti Amerika Syarikat (99,061)dan Korea Selatan (85,275).

Menurut laporan media luar negara, Jepun kini berdepan dengan gelombang ke-tujuh Covid-19 akibat penularan sub-varian Omicron BA.5 yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,055,020 kes.

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 29 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 46,334 kes (95.9 peratus) dikuarantin di rumah daripada 48,300 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 23 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,883 kes (3.9 peratus) di hospital; 26 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 34 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2022 @ 11:59 AM