KEADAAN di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam yang kelihatan lengang ketika tinjauan, kelmarin. FOTO Bernama
KEADAAN di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam yang kelihatan lengang ketika tinjauan, kelmarin. FOTO Bernama
BERNAMA

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 2 Okt hingga pukul 12:00tgh 8 Okt 2021.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi 2.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 237 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.8 juta. Lebih 214juta pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik Covid-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

Kuala Lumpur: Tahap pemulihan Pandemik Covid-19 dalam negara semakin ketara menjelang sasaran pelaksanaan fasa endemik penghujung bulan ini, dengan mengambil kira angka pesakit sembuh berterusan mengatasi kes harian baharu.

Faktor ini juga membantu mengurangkan kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan semalam, 7 Oktober kepada 129,049 kes berbanding 252,002 kes pada 7 Sept 2021.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 12,884 kes sembuh, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,157,565 iaitu 93.3 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 dalam negara.

Malaysia dijangka beralih daripada fasa Pandemik Covid-19 kepada fasa endemik pada penghujung Oktober ini.

Untuk rekod, tiga kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020, membabitkan tiga orang warga China yang masuk ke negara ini melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020. Kes pertama jangkitan tempatan pula dikesan pada 6 Februari 2020, membabitkan seorang wanita rakyat Malaysia.

Kerajaan juga mengumumkan akan membenarkan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa. Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan dibuat dan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lama lagi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan terus dipakai selepas kebenaran pergerakan rentas negeri diberikan tidak lama lagi.

SOP berkenaan akan turut terpakai untuk mengawal pergerakan mereka yang enggan menerima suntikan vaksinasi dengan mengawal kebebasan yang mereka ada untuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun mereka merentas negeri.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (2 Okt-7 Okt 2021), kes harian baharu Covid-19 dalam negara secara konsistennya berada bawah 11,000 kes.

Paling melegakan apabila kes harian baharu menurun kepada 8,075 kes pada Isnin 4 Oktober. Kali terakhir Malaysia mencatat kes sekitar 8,000 ialah pada 12 Julai 2021 iaitu 8,574 kes.

Setakat Khamis 7 Oktober, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 9,890 kes harian baharu, menjadikan kes kumulatif Covid-19 meningkat kepada 2,313,727 kes.

Menurut laporan KKM, daripada 9,890 kes harian baharu, hanya tiga buah negeri merekod kes empat angka iaitu Sarawak 1,413 kes, diikuti Selangor 1,402 kes dan Kelantan 1,032 kes.

Dengan kes kumulatif 2,313,727, Malaysia kini di tangga 20 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (2,497,643 kes) dan Filipina (2,632,881 kes).

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (2 Okt hingga 7 Okt 2021) adalah seperti berikut:-

2 Okt - 10,915 kes, 3 Okt - 9,066 kes, 4 Okt - 8,075 kes, 5 Okt - 8,817 kes, 6 Okt - 9,380 kes dan 7 Okt - 9,890 kes.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

2 Okt - 15,396 kes, 3 Okt - 14,454 kes, 4 Okt - 15,456 kes, 5 Okt - 15,615 kes, 6 Okt - 13,045 kes dan 7 Okt - 12,884 kes).

Sementara itu, KKM melaporkan sebanyak 782 kes Covid-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 336 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 132 kes kematian dilaporkan pada Khamis 7 Oktober, menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 dalam negara berjumlah 27,113 kes.

Daripada 9,890 kes harian baharu yang dilaporkan semalam, sebanyak 162 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 sementara sebanyak 9,728 kes (98.4 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Mengenai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

2 Okt (0.89), 3 Okt ( 0.87), 4 Okt ( 0.87 ), 5 Okt (0.87), 6 Okt (0.86) dan 7 Okt (0.86).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 7 Okt adalah WP Putrajaya (1.11), Perlis (1.07) dan Negeri Sembilan (0.99).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut melaporkan pada 7 Oktober, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant Under Monitoring (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI ). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;

1,996 kes varian Delta;

222 kes varian Beta; dan

14 kes varian Alpha.

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Sehingga 7 Okt 2021, jumlah kluster yang masih aktif di Malaysia menurun kepada tiga angka iaitu 911 kluster. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,560 kluster di kesan di negara ini dan sebanyak 4,649 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, jumlah kluster baharu juga semakin berkurangan iaitu hanya 69 kluster baharu (102 kluster baharu pada Rangkuman Minggu lalu 25 Sept - 1 Okt 2021). Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, sebanyak 37 kluster (53.6 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 23 kluster (33.3 peratus).

Menurut perincian KKM, daripada 9,890 kes harian baharu, tiga buah negeri mencatat kes harian baharu empat angka, 11 buah negeri mencatat kes harian baharu tiga angka, dua buah negeri mencatat kes harian baharu dua angka dan sebuah negeri merekod sifar kes.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Sarawak 1,413 kes, Selangor 1,402 kes dan Kelantan 1,032 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 993 kes, Sabah 820 kes, Perak 794 kes, Pulau Pinang 721 kes, Terengganu 699 kes, Pahang 564 kes, Kedah 503 kes, Melaka 260 kes, WP Kuala Lumpur 250 kes, Perlis 200 dan Negeri Sembilan 180 kes.

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 59 kes.

Kes harian baharu sifar - .WP Labuan.

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (2 Okt - 7 Okt 2021)

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 10,915kes harian yang dilaporkan pada 2 Okt 2021,

139 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

10,776 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 9,066 kes harian yang dilaporkan pada 3 Okt 2021,

159 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

8,907 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 8,075 kes harian yang dilaporkan pada 4 Okt 2021,

160 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

7,915 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 8,817 kes harian yang dilaporkan pada 5 Okt 2021,

182 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

8,635 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 9,380 kes harian yang dilaporkan pada 6 Okt 2021,

181 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

9,199 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 9,890 kes harian yang dilaporkan pada 7 Okt 2021.

162 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

9,728 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Berikut adalah rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

2 Okt - 15,396 kes, 3 Okt - 14,454 kes, 4 Okt - 15,456 kes, 5 Okt - 15,615 kes, 6 Okt - 13,045 kes dan 7 Okt - 12,884 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 7 Okt 2021 sebanyak 2,157,565 kes (93.3 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

2 Okt - Kes baharu : 10,915 kes (2,268,499 kes kumulatif); Kes import :7 kes (4 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 10,908 kes[10,182 warganegara (93.3%); 726 bukan warganegara (6.7%)];

3 Okt - Kes baharu : 9,066 kes(2,277,565 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 9,054 kes [8,485 warganegara (93.7%); 569 bukan warganegara (6.3%)];

4 Okt - Kes baharu : 8,075 kes (2,285,640 kes kumulatif); Kes import : 6 kes (4 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 8,069 kes [7,248 warganegara (89.8%); 821 bukan warganegara (10.2%)];

5 Okt - Kes baharu : 8,817 kes (2,294,457 kes kumulatif); Kes import :14 kes (11 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 8,803 kes [8,109 warganegara (92.1%); 694 bukan warganegara (7.9%)];

6 Okt - Kes baharu : 9,380 kes (2,303,837 kes kumulatif); Kes import : 13 kes (8 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 9,367 kes [8,755 warganegara (93.5%); 612 bukan warganegara (6.5%)];

7 Okt - Kes baharu : 9,890 kes (2,313,727 kes kumulatif); Kes import : 18 kes (9 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 9,872 kes [9,294 warganegara (94.1%); 578 bukan warganegara (5.9%)];

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

2 Okt (109 kes /BID 33), 3 Okt ( 118 kes /BID 27), 4 Okt ( 76 kes/BID 15), 5 Okt (117 kes/BID 16), 6 Okt (105 kes/BID 26) dan 7 Okt (132 kes/ BID 26).

*Jumlah kes kematian sehingga 7 Okt 2021 sebanyak 27,113 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

2 Okt - kluster baharu 10 (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2);

3 Okt - kluster baharu 6 (kluster tempat kerja 3 dan kluster komuniti 3);

4 Okt - kluster baharu 15 (kluster tempat kerja 7, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pendidikan 1);

5 Okt - kluster baharu 14 (kluster tempat kerja 10, kluster komuniti 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 1, dan kluster pendidikan 1);

6 Okt - kluster baharu 11 (kluster tempat kerja 5, kluster komuniti 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1); dan

7 Okt - kluster baharu 13 (kluster tempat kerja 8, kluster komuniti 3 dan kluster pendidikan 2).

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 237,545,619 kes (Rangkuman minggu 234,684,514 kes) dengan 4,849,332 kematian (Minggu lalu 4,800,083 kematian). Kes pesakit sembuh 214,633,110 kes (Minggu lalu 211,464,455 kes).

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Sepanyol.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 45,021,267 kes (730,206 kes kematian);

India 33,914,465 kes (450,160 kematian);

Brazil 21,532,558 kes (599,865 kematian);

United Kingdom 8,046,390 kes (137,417 kematian);

Rusia 7,690,110 kes (213,549 kematian);

Turki 7,357,336 kes (65,590 kematian);

Perancis 7,043,316 kes (116,991 kematian);

Iran 5,674,083 Kes (122,012 kematian);

Argentina 5,264,305 kes (115,416 kematian);

Sepanyol 4,971,310 kes (86,701 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 masih di tangga 112 dengan 96,357 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kampuchea turut menyertai senarai 110 negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19.

Indonesia di tangga 14 - 4,224,487 kes (142,494 kematian);

Filipina di tangga 18 - 2,632,881 kes (38,937 kematian);

Thailand di tangga 26 - 1,689,437 kes (17,534 kematian);

Vietnam di tangga 42 - 826,837 kes (20,223 kematian);

Myanmar di tangga 60 - 474,019 kes (18,034 kematian);

Singapura di tangga 108 - 116,864 (136 kematian);

Kampuchea di tangga 109 - 114,148 kes (2,441 kematian);

Laos di tangga 140 - 26,876 kes (23 kematian);

Brunei di tangga 176 - 8,262 kes (62 kematian).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Oktober 2021 @ 12:43 PM