LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Kuala Kangsar: Pemeriksaan rekod pergigian selain analisa cap jari dilakukan terhadap mayat wanita yang ditemukan dalam keadaan terbakar dipercayai dibunuh di tepi sungai Kampung Talang Hulu, dekat Simpang Lawin, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pemeriksaan gigi mangsa selain imbasan X-Ray dilakukan pagi tadi.

Katanya, selain itu olis turut merakam cap jari mangsa dengan bantuan pihak Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dianalisa.

"Pagi ini pihak Forensik Hospital Kuala Kangsar akan melakukan imbasan X-Ray dan pemeriksaan gigi si mati terlebih dahulu memandangkan si mati dijumpai tanpa sebarang identiti.

"Pada masa yang sama juga, pihak polis akan rakam cap jari si mati dengan bantuan pihak Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dianalisa," katanya sewaktu dihubungi.

Sementara itu, ditanya mengenai spekulasi berlegar di media sosial mendakwa mangsa hamil selain dikatakan masih remaja, Mior Faridalathrash berkata perkara itu masih dalam siasatan polis.

Beliau berkata, pakar forensik dijangka melakukan bedah siasat esok.

"Selepas bedah siasat selesai, kita akan kongsikan keputusannya," katanya.

Harian Metro pagi tadi melaporkan mayat wanita tanpa identiti ditemukan dengan kesan terbakar dipercayai selepas dibunuh di kawasan tepi sungai di Kampung Talang Hulu, kira-kira jam 3.05 petang semalam.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, biarpun tanpa identiti, penelitian awal berdasarkan fizikal mendapati mangsa dipercayai wanita berbangsa India.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan

  • Dibunuh, dibakar, ditemukan di tepi sungai

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2022 @ 1:16 PM