Fuziah Salleh (kiri) diringi oleh Pengarah (KPDN) Kelantan, Azman Ismail (kanan) melancar lagu tema KPDN Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Fuziah Salleh (kiri) diringi oleh Pengarah (KPDN) Kelantan, Azman Ismail (kanan) melancar lagu tema KPDN Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Agensi Pintu Masuk dan Kawalan Malaysia (MCBA) yang sudah memulakan tugas disifatkan mampu mengurangkan kegiatan penyeludupan di sempadan.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata walaupun bukannya mampu menyelesaikan secara total, MCBA mampu mengurangkan aktiviti penyeludupan selain mengukuhkan kerjasama dalam operasi bersepadu.

"Ini kerana dalam keadaan pasukan keselamatan sedang meronda pun saya melihat masih ada cubaan untuk menyeberangi Sungai Golok.

"Apatah lagi sekarang keadaan air Sungai Golok yang kering. Tahniah dan syabas kepada mereka yang bekerja kuat menjaga sempadan," katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri KPDN Kelantan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah KPDN, Datuk Azman Ismail.

Dalam perkembangan lain, Fuziah memaklumkan, sepanjang Januari tahun ini sehingga semalam, KPDN Kelantan merekodkan nilai sitaan keseluruhan lebih RM2.64 juta.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, nilai sitaan barang kawalan meliputi petrol, diesel, minyak masak dan gula sebanyak RM379,402.

"Ia membabitkan 296 kes dan tangkapan sebanyak 109 orang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2024 @ 3:41 PM