PETIKAN video menunjukkan Perodua Mvyi terbabit.
PETIKAN video menunjukkan Perodua Mvyi terbabit.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan pemandu Perodua Mvyi melakukan halangan terhadap pemandu lain seperti tular di media sosial, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 27 saat dimuat naik di Facebook (FB) memaparkan Perodua Myvi sedang membuat provokasi dan menghalang kenderaan lain.

Menurutnya, JSPT Kuala Lumpur sudah mengambil tindakan mengesan pemilik dan pemandu kenderaan yang terbabit.

"Pohon mangsa (pemilik video) dan saksi kejadian untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi InspektorM Vigneswara di talian 0174336110 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 0320260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 4:20 PM