Mohd Puad Zarkashi.
Mohd Puad Zarkashi.
Mohamed Farid Noh

[email protected],my

Iskandar Puteri: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini, mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.

Pencalonan Mohd Puad itu dikemukakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pada sesi Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-15.

Onn Hafiz yang juga Adun Machap hanya mencadangkan satu nama sebagai calon Speaker sebelum pencalonannya itu disokong Adun Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.

Mohd Puad menggantikan Suhaizan Kaiat dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang memegang jawatan itu 2018 hingga awal tahun lalu, sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi.

Mohd Puad adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum-ke 12 (PRU-12).

Beliau turut pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dari 2009 sehingga 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2022 @ 10:20 AM