Junita Mat Rasid dan Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, membuat kemunculan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila diumumkan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rengit.

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu menggantikan penyandang, Ayub Jamil yang juga EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Johor Datuk Seri Hasni Mohammad pada majlis di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mohd Puad tidak dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan digantikan Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah namun tewas.

Pada PRU-13, Mohd Puad tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,524.

Mohd Puad pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti 12,968 undi pada 2008 ketika PRU-12.

MOHD Puad. FOTO Arkib NSTP
MOHD Puad. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 1:21 PM