PEMBAYARAN tanpa tunai menggunakan Boost yang disediakan di bazar Ramadan.
PEMBAYARAN tanpa tunai menggunakan Boost yang disediakan di bazar Ramadan.

Kuala Lumpur: Memandangkan negara sudah beralih ke fasa endemik, bazar Ramadan di serata tempat kini kembali meriah.

Suasana di bazar juga cukup riuh dengan keletah peniaga yang sibuk menyediakan makanan di khemah jualan dan pengunjung yang 'rambang mata' mencari juadah berbuka yang diinginkan.

Dalam keterujaan beransur kepada kehidupan seperti sedia kala sebelum pandemik Covid-19 dan merasai kembali suasana meriah di bazar Ramadan yang cukup dirindui, terdapat perbezaan ketara yang dapat dilihat di bazar Ramadan kali ini.

Perubahan itu dilihat menerusi gaya hidup digital yang sudah diterima pakai oleh rakyat Malaysia.

Terdapat pelbagai kod QR dipaparkan di gerai peniaga dan pelanggan pula menggunakan platform e-Dompet serta perbankan mudah alih untuk menjelaskan pembayaran.

Pada tahun ini, untuk menyokong peniaga bazar yang mahu memanfaatkan peralihan masyarakat kepada gaya hidup digital, Boost, syarikat teknologi kewangan Axiata menyokong enam bazar Ramadan di seluruh negara iaitu Pandan Indah, Kuala Lumpur; Cyberjaya, Selangor; Mahkota Square di Kuantan, Pahang; Jalan Dato Pati, Kelantan; Shah Bandar, Terengganu dan Metro City, Sarawak.

Di bazar-bazar terbabit, kira-kira 800 peniaga diberikan kemudahan untuk menerima bayaran menerusi aplikasi 'Boost' yang bermaksud pengunjung bazar tidak perlu bimbang jika tidak membawa wang tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz Eric Chong berkata, pihaknya sangat teruja melihat medan niaga kembali dimeriahkan dengan Bazar Ramadan yang sangat popular dan dinanti-nantikan pada bulan Ramadan.

"Memandangkan rakyat Malaysia pada umumnya sudah belajar untuk hidup bersama Covid-19, kami mahu memastikan bahawa peniaga dan juga pelanggan dapat menikmati keselamatan serta kemudahan yang lebih baik di Bazar Ramadan yang diberi sokongan oleh aplikasi 'Boost'.

"Dengan hampir setengah juta perniagaan tempatan yang menggunakan Boost di seluruh negara, kami bersedia untuk membantu komuniti peniaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kami.

"Ini bertujuan untuk merealisasikan aspirasi perniagaan mereka melalui ekosistem teknologi inovatif kami yang turut menawarkan aplikasi pembiayaan dan juga pengalaman offline-to-online (O2O) runcit yang lancar, terutamanya ketika Malaysia beralih ke fasa endemik," katanya.

Selain itu, rata-rata peniaga yang menerima pakai Boost sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai yang ditemui di bazar Ramadan Pandan Indah bersetuju bahawa pembelian tanpa tunai sebenarnya lebih selamat dan menyenangkan untuk melancarkan operasi perniagaan mereka.

Pemilik Mat Rock Ayam Goreng Kunyit yang sudah beroperasi selama 10 tahun, Mohd Ridzuan Kihi berkata, dalam pemerhatiannya terhadap perubahan digital dalam kalangan pelanggan, beliau mendapati kebanyakan mereka menggunakan e-Dompet dan aplikasi perbankan mudah alih untuk membayar.

"Pembayaran tanpa tunai adalah lebih selamat dan mudah untuk perniagaan saya. Salah satu perkara yang tidak perlu saya bimbangkan ialah wang tiruan.

"Buat masa ini, kira-kira 40 peratus daripada transaksi dilaksanakan dengan Boost," katanya.

Bagi Joe Qamarul Abdul Razak, pemilik Air Balang Laksamana yang terkenal dengan minuman unik dan menarik seperti Vanilla Blue Cheng Ho, Lemon Pudina Asam Boi Mat Kilau dan Jagung Jebat, 40 peratus daripada perniagaannya dilaksanakan tanpa tunai. "Saya memang penyokong tegar gaya hidup pembayaran tanpa tunai kerana saya sendiri adalah pengguna e-dompet dan tahu kelebihannya kepada perniagaan terutamanya dengan tahap perlindungan tambahan yang disediakan.

"Bagi pelanggan saya, mereka tidak perlu membawa banyak tunai dan dari pemerhatian saya ramai pelanggan akan mengeluarkan telefon mereka untuk membayar tanpa perlu saya meminta mereka berbuat demikian," katanya.

Menyuarakan pandangan positif yang sama mengenai pembayaran tanpa tunai, pemilik Syakiya Nasi Lemak Kukus yang lebih dikenali sebagai Kak Long, berkata dia sudah menggunakan aplikasi Boost sejak 2018.

Menurutnya yang juga mengusahakan gerai di hadapan Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL), Taman Shamelin, kebanyakan pelanggannya adalah pelajar dan sebahagian besar mereka menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

"Atas pilihan mereka, 80 peratus daripada urus niaga saya adalah tanpa tunai," katanya.

Sebagai insentif untuk menggalakkan pelanggan membayar tanpa tunai dan menyokong peniaga Bazar tempatan, Boost ingin menghadiahkan Duit Raya RM10 yang boleh ditebus setiap hari Jumaat pada bulan April ini bermula dari 12 tengah hari hingga 4 petang menerusi aplikasi Boost. Ini adalah sebahagian daripada kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan Boost dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Boost Biz juga menawarkan yuran permulaan sifar dan kemudahan untuk menguruskan transaksi menerusi aplikasi Boost Biz, peniaga PMKS tempatan digalakkan untuk mengambil langkah pertama ke arah pembayaran tanpa tunai menerusi Boost dengan mendaftar di https://bit.ly/boostramadanbazar. Bagi pengusaha tempatan yang memerlukan pembiayaan mikro patuh Syariah iaitu Capital Plus pula, layari https://bit.ly/3N7hUOb.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 10:30 AM