Ramlee mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, hari ini. FOTO IHSAN FB MB
Ramlee mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, hari ini. FOTO IHSAN FB MB
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Ramlee Bohanee dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

Ramlee yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pulai turut mengangkat sumpah jawatan itu hari ini di hadapan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di pejabatnya di sini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, Ramlee yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kempas memenangi kerusi itu dalam persaingan empat penjuru.

Sementara Onn Hafiz yang juga cicit kepada Pengasas dan Presiden Umno Datuk Onn Jaafar, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar pada 18 Mac lalu.

Adun Machap itu menang dengan majoriti 6,543 undi dan dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 1:38 PM