AZAM Baki (kanan) enggan mengulas tempoh perkhidmatannya sama ada disambung atau tidak. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
AZAM Baki (kanan) enggan mengulas tempoh perkhidmatannya sama ada disambung atau tidak. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Muhaamad Hafis Nawawi


Putrajaya: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki enggan mengulas sama ada tempoh perkhidmatannya akan disambung atau tidak.

"Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi. Saya ada masa hingga 12 Mei ini.

"Itu tarikh birthday (hari lahir) saya... sesiapa nak bagi birthday gift (hadiah) boleh beri," katanya ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah(NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Sebelum ini, tempoh perkhidmatan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilanjutkan selama setahun akan tamat pada 12 Mei ini.

Azam dilantik mengetuai SPRM pada 9 Mac 2020 susulan peletakan jawatan Latheefa Koya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 2:16 PM