ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir di Sibu. FOTO Bernama
ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir di Sibu. FOTO Bernama
BERNAMA

Sibu: Daerah Sibu menjadi kawasan pertama di Sarawak terjejas akibat perubahan monsun di negeri itu apabila 46 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, PPS itu mula dibuka pada 3.14 petang melalui arahan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS), Wong Hee Sieng.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima maklumat awal banjir kilat pada 12 tengah hari, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebahagian kawasan terjejas dinaiki air pada anggaran ketinggian 0.76 meter di atas jalan raya.

"Ketika itu, terdapat tiga rumah dinaiki air setinggi satu kaki (0.3 meter) dengan trend air pasang dan cuaca hujan," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa banjir terdiri daripada dua warga emas, 26 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua bayi.

Keperluan mangsa di PPS sedang diuruskan oleh JPBBS.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 11:34 PM