Tunku Ismail Sultan Ibrahim. FOTO FB HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Tunku Ismail Sultan Ibrahim. FOTO FB HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Omar Ahmad


Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan Pasukan Sukarelawan Southern Volunteers bersiap sedia dihantar ke kawasan dilanda banjir ketika ini.

Dalam hantaran terbaru di laman Facebook, baginda bertitah ia sebagai usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir.

"Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang melanda enam negeri.

"Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.

"Saya mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan.

"Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir," titahnya.

Sejak semalam, banjir membabitkan enam negeri dengan lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 4:01 PM