ADLY Zahari. FOTO arkib NSTP
ADLY Zahari. FOTO arkib NSTP
Mohd Nasaruddin Parzi


Melaka: Calon Ketua Menteri Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari dilihat mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 7.30 malam, daripada 40 dari 59 saluran yang selesai dikira, Adly yang juga Pengerusi PH Melaka mendahului dengan 4,401 undi mengatasi BN (3,757), PN (2,396) dan calon Bebas, sebanyak 81 undi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula ketinggalan selepas memperoleh 730 undi, di belakang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang memperoleh 1,157 undi diikuti calon PH, Zainal Hassan sebanyak 153 undi.

Keputusan tidak rasmi di DUN Tanjung Bidara itu membabitkan tujuh daripada 23 saluran mengundi.

Sementara di DUN Lendu yang menampilkan calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terus mendahului dengan 1,935 undi, mengatasi dua lagi pencabar, masing-masing memperoleh 587 undi (PN) dan 294 undi bagi calon PH.

Ia membabitkan keputusan tidak rasmi 10 daripada 26 saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 7:39 PM