Sultan Ibrahim Iskandar
Sultan Ibrahim Iskandar
Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menafikan gambar tular berhubung titah baginda terhadap sebuah parti politik.

Sultan Ibrahim menerusi Facebook (FB) rasminya bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam gambar berkenaan.

Baginda bertitah, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun keluarga diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor) di media sosial rasmi.

"Ia merupakan satu kenyataan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di dalam laman media sosial.

"Rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial," titah baginda.

Terdahulu, tular gambar memaparkan Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengaitkan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 7:14 PM