SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar.
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar.
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menafikan satu poster yang tular berhubung titah baginda terhadap sebuah parti politik.

Sultan Ibrahim dalam hantaran baginda di akaun Facebook rasminya hari ini bertitah, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam poster berkenaan.

"Ini (kenyataan dan poster) adalah satu kenyataan palsu disebarkan mereka yang tidak bertanggungjawab," titah baginda.

Poster yang tular di media sosial sejak semalam, antara lain memaparkan gambar Sultan Ibrahim serta nama baginda yang mengatakan titah baginda terhadap sebuah parti politik di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 5:30 PM