Kereta dipercayai milik mangsa ditemuka di atas Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown hari ini. Foto Ihsan JBPM
Kereta dipercayai milik mangsa ditemuka di atas Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown hari ini. Foto Ihsan JBPM
Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai jatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 6.8 di sini, hari ini.

Sebuah kereta Proton Waja dan kad pengenalan dipercayai milik mangsa, Chew Boon Sheng, 33, dari Taman Helang Jaya, Nibong Tebal turut ditemukan di atas jambatan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.48 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak yang diketuai Fairol Mahazi Malek bergegas ke tempat kejadian dan pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat lelaki dipercayai jatuh dari jambatan berkenaan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat kemudiannya dijalankan dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera.

"Operasi membabitkan kaedah 'surface searching' di sekitar kawasan mangsa dipercayai terjatuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 9:01 PM