Sebuah lori membawa muatan barangan kitar semula terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dari arah The Mines ke Balakong di sini, hari ini. FOTO IHSAN POLIS
Sebuah lori membawa muatan barangan kitar semula terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dari arah The Mines ke Balakong di sini, hari ini. FOTO IHSAN POLIS
Raja Noraina Raja Rahim


Serdang: Sebuah lori yang membawa muatan barangan kitar semula dipercayai terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dari arah The Mines ke Balakong di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis menerima laporan kejadian jam 12.05 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan bukan bawa muatan berlebihan tapi tidak tersusun kemas.

"Akibat kejadian itu, beberapa lorong ditutup bagi membolehkan lori dan muatan dialihkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis akan mengeluarkan saman terhadap pemandu lori berkenaan selepas siasatan lanjut dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 3:35 PM