FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Lelaki berusia 36 tahun yang ditahan untuk membantu siasatan selepas dipercayai memperdaya seorang imam masjid ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, lelaki berkenaan direman sehingga Rabu.

"Tahanan reman itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda," katanya ketika dihubungi di sini hari.

Terdahulu, seorang imam masjid didakwa ditipu oleh seorang lelaki berusia 36 tahun hingga mengalami kerugian lebih RM50,000 kejadian sejak Jun hingga pertengahan September lalu.

Imam berusia 65 tahun itu tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 14 September lalu untuk tindakan lanjut.

Warga emas berkenaan mengenali lelaki itu yang juga bakal menantunya pada Jun lalu menerusi anak perempuannya yang berusia 28 tahun.

Berita berkaitan:

  • Imam rugi lebih RM50,000 ditipu bakal menantu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 4:47 PM