GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan dua lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masing-masing di Pahang dan Sabah bermula Ahad ini hingga 2 Oktober.

Ketua Pengarah MKN Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

"Dua lokaliti itu adalah Kampung Sungai Padi, Mukim Telang, Lipis, Pahang dan Kampung Air, Beluran, Sabah.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, PKPD di Taman Samudera, Seri Manjung, Perak yang dijadualkan tamat esok, pula akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 2 Oktober.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa lokaliti PKPD di Pahang iaitu kawasan sekitar Pekan Padang Tengku, Pahang dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Batang Padang, Perak, ditamatkan seperti dijadualkan esok.

Beliau berkata, keputusan menamatkan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa Covid-19 di lokaliti berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 6:22 PM