GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Satu lokaliti di Sabah dan Perak masing-masing dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, Kampung Rompon, Tambunan, Sabah dikenakan PKPD bermula 24 September hingga 7 Oktober ini.

Menurutnya, PKPD di Kampung Orang Asli Gangai, Mukim Slim, Mualim pula bermula esok hingga 6 Oktober ini.

"Sementara itu di Pahang, PKPD di Kampung Batu 1, Jalan Mentakab, Temerloh; Felda Keratong B, Rompin dan dua lokaliti di Jerantut iaitu Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam ditamatkan mengikut jadual esok.

"PKPD di Kampung Lohan Ulu, Ranau; Kampung Pengalat Kecil, Ranau; dua lokaliti di Putatan iaitu Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih di Sabah juga ditamatkan esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, PKPD di Taman Samudera, Seri Manjung, Perak ditamatkan hari ini lebih awal dari dijadualkan pada 2 Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 9:16 PM