GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Dua lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 28 hingga 11 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, dua lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Orang Asli Sungai Mai di Jerantut dan Kampung Inai di Rompin.

"Keputusan PKPD ini dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan.

"MKN turut meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memutuskan untuk menamatkan satu lokaliti di Pahang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, lokaliti yang ditamatkan ialah di Rancangan Rumah Murah (RMM) Kampung Kolek, Sungai Lembing, Kuantan.

"Penamatan bermula esok seperti yang telah dijadualkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 7:55 PM