GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 13 lokaliti di Sabah, Perak, Kedah dan Pahang akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Isnin ini hingga 5 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

"PKPD di Sabah membabitkan empat kawsan di Tawau iaitu Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4.

"Selain itu, dua lokaliti di Beluran pula adalah Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama, sementara PKPD di Sandakan pula di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, PKPD di Perak pula adalah Pelantan Sungai Pinang Kecil dan Pulau Pangkor; Penjara Tapah (termasuk kuarters), Batang Padang.

"PKPD di Kedah Penjara Pokok Sena (termasuk kuarters), Pokok Sena sementara di Pahang pula adalah Kampung Telemin, Mukim Gua, Daerah Lipis.

"Bagi PKPD Kampung Orang Asli Sungai Bot, Karak, Bentong, Pahang; Taman Semarak Indah, Tawau dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat, Sabah yang dijadualkan tamat, esok dilanjutkan bermula Isnin hingga 5 September ini," katanya.

Beliau berkata, PKPD di Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Rompin dan dua lokaliti di Felda Jengka 18 serta Kampung Paya Besar Kertau di Maran, Pahang ditamatkan bermula esok mengikut jadual.

"PKPD di Felda Jengka 7, Maran, Pahang pula ditamatkan lebih awal hari ini berbanding sepatutnya ditamatkan pada 25 Ogos ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 8:02 PM