Tinjauan di Pasar Datuk Keramat mendapati harga ikan pelaling dan ikan kembung pada harga sekitar rm16.00 sehingga rm24.00 berikutan harga bekalan naik kesan dari PKP baru-baru ini. FOTO FATHIL ASRI
Tinjauan di Pasar Datuk Keramat mendapati harga ikan pelaling dan ikan kembung pada harga sekitar rm16.00 sehingga rm24.00 berikutan harga bekalan naik kesan dari PKP baru-baru ini. FOTO FATHIL ASRI
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Harga ayam, ikan kembung dan pelaling di Pasar Keramat, di sini, didapati mengalami kenaikan harga akibat pelbagai faktor sejak kebelakangan ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati harga ayam naik sehingga RM9.50 sekilogram manakala ikan kembung pula mencecah RM26 sekilogram.

Peniaga ayam, Azmi SM Ariffin, 33, berkata harga ayam yang diambil daripada pembekal agak tinggi bermula dari RM6.40 sekilogram manakala RM7.70 bagi ayam yang siap diproses.

"Saya dimaklumkan harga naik disebabkan faktor harga dedak ayam meningkat, selain kemasukan anak ayam berkurangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.

Sementara itu, peniaga ikan, Azmi Rajani, 45, berkata harga ikan kembung dan pelaling juga tidak menentu dan bergantung kepada pembekal.

"Seperti hari ini, harga ikan pelaling bagi sekilogram adalah RM16 manakala bagi ikan kembung adalah RM26 sekilogram.

"Ia tidak menentu dan bergantung kepada cuaca. Kadang-kadanng harga jauh lebih murah dan boleh jadi harga melambung tinggi jika musim tengkujuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 6:53 PM