FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Hazira Ahmad Zaidi


Machang: Seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di sini, ditahan kerana disyaki meliwat tiga pelajarnya, sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada tiga mangsa yang berusia 12 hingga 13 tahun, pada 15 April lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua mangsa diminta untuk melakukan perbuatan itu oleh suspek di pusat tahfiz.

"Suspek berusia 39 itu kemudiannya ditangkap untuk membantu siasatan.

"Suspek ditahan selama seminggu bermula 16 sehingga 22 April dan disambung reman pada 23 hingga 29 April ini," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

"Pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes ini selesai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 10:13 AM