Nivashini Maha Pragash
Nivashini Maha Pragash
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Polis memohon kerjasama orang awam untuk membantu mengesan seorang suri rumah yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Jentayu, Simpang Ampat, di sini, sejak 20 Ogos lalu.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang lelaki berhubung kehilangan isterinya selepas 24 jam wanita itu tidak pulang.

Katanya, pengadu memaklumkan dia mendapat panggilan daripada ibu mentuanya pada 7.30 malam menyatakan isterinya, Nivashini Maha Pragash, 21, hendak keluar rumah.

"Bagaimanapun, isterinya tidak memaklumkan arah tujuan lalu menyebabkan pengadu bimbang.

"Dia kemudian cuba menghubungi telefon isterinya namun tidak berjawab sehingga sekarang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengadu mendakwa isterinya tidak mempunyai sebarang penyakit dan mereka tidak ada sebarang masalah rumah tangga.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak individu terbabit boleh menghubungi Sarjan Rosdhi Mohd Sali di Bahagian Operasi atau Pencegahan Jenayah, Balai Polis Simpang Ampat di talian 04-5887300 atau 012-5764190.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 5:21 PM