Antara makanan haiwan yang disumbangkan oleh pengedar makanan haiwan, AAOO.
Antara makanan haiwan yang disumbangkan oleh pengedar makanan haiwan, AAOO.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mengambil langkah proaktif bagi menjaga kebajikan haiwan terbiar dengan melancarkan 'Animal Food Bank SAFM' di lima kawasan sekitar Lembah Klang.

Kawasan yang terbabit adalah di Batu Caves, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur serta Klang, Semenyih dan Shah Alam, di Selangor.

Presiden SAFM, R Kalaivanan berkata, program 'food bank' ini turut mendapat tajaan daripada pengedar makanan makanan, AAOO Group Sdn Bhd yang menyumbangkan sebanyak 2100 kilogram makanan haiwan.

"Tabung makanan ini diaktifkan selama dua minggu bermula hari ini kepada penjaga dan pemberi makanan haiwan berkenaan.

"Saban hari, kami sedia maklum dengan situasi penjaga haiwan, pemberi makanan dan sukarelawan yang semakin sukar dalam memastikan haiwan ini untuk tidak kebulur.

"Sehubungan dengan itu, SAFM mengambil inisiatif ini bagi membantu pihak berkenaan dalam membendung impak Covid-19 kepada nasib haiwan kita," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kalaivanan berkata, pihaknya amat menggalakkan penjaga yang memerlukan supaya mengambil makanan berkenaan bagi memastikan nasib haiwan ini terbela.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 3:16 PM