GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Lima lokaliti di Sabah dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Ahad ini hingga 11 September nanti.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

Menurutnya, di Sabah PKPD dilaksanakan di Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang.

"PKPD di Kelantan pula di Mukim Pasir membabitkan Kampung Bayu Lalang dan Kampung Banggol Kemian (sebahagian sahaja).

"Mukim Gua Periok di Kelantan itu dikenakan PKPD membabitkan Kampung Repek (sebahagian sahaja)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, PKPD di Kampung Brunei, Membakut, Beaufort dan Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, Sabah yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan bermula Ahad ini hingga 11 September depan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Ogos 2021 @ 6:41 PM