GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kampung Orang Asli Bukit Boh, Pos Menson, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 30 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu dikenakan PKPD hingga 13 Oktober depan.

"Keputusan PKPD ini dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan.

"Sementara itu, PKPD di Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis, Pahang yang sepatutnya ditamatkan esok dilanjutkan bermula 30 September hingga 13 Oktober ini," kataya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata PKPD di dua lokaliti di Mukim Bebar, Pekan, Pahang iaitu Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian ditamatkan bermula esok.

"PKPD di Kampung Bahagia, Mukim Batu, Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan, dua lokaliti di Kota Marudu, Sabah iaitu Kampung Kirangawan (Darat dan Tengah) serta Kampung Pinatau juga ditamatkan bermula esok.

"PKPD lain yang ditamatkan bermula esok adalah Kampung Nuntunan Apin-Apin, Keningau; Kampung Lungkidau, Ranau dan Perumahan Pekerja Ladang Boustead Ruku-Ruku, Telupid di Sabah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 5:48 PM