GAMBAR fail. FOTO NSTP
GAMBAR fail. FOTO NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Empat lokaliti di Sabah dan satu lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 hingga 21 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu ialah Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud, Kampung Pahu Pinawantai, Ranau dan Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat Sabah.

Katanya, di Pahang, lokaliti terbabit di Kampung Duaun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

Menurutnya, PKPD di dua lokaliti di Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Limauan, Kinarut, Papar, Sabah dilanjutkan dari 8 hingga 21 September .

"Perlanjutan itu dibuat selepas meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Mohd Rodzi berkata, PKPD di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut Pahang, 22 lokaliti Perkampungan Orang Asli di daerah Batang Padang ditamatkan seperti dijadualkan.

Selain itu, katanya, PKPD di Kampung Kota Tuaran, Tuaran, Taman Kinarut Ria, dan empat lokaliti di Penampang ditamatkan pada esok.

Katanya, PKPD di Kanpung Mondikot, Papar, Ladang Mawang di Kalabakan, Sabah juga ditamatkan.

"Tiga lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Taman Ranggu Utama, Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik, dan Kampung Tanjung Batu Laut, Logpon, juga ditamatkan.

"Tiga lokaliti di Kinabatangan iaitu Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin juga ditamatkan pada 7 September (esok)," katanya.

Beliau berkata, dua lokaliti di Lahad Datu Sabah iaitu Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Pertama Satu juga ditamatkan PKPD pada tarikh sama.

Selain itu PKPD di Kampung Manggaris 2 Kota Marudu Sabah ditamatkan pada hari ini, lebih awal dari dijadualkan pada 11 September.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 7:51 PM