GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tujuh lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Ogos ini hingga 3 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Kampung Gambaron 1 dan Ladang Ribu Bonus di Telupid, Sabah.

"Kawasan lain yang dikenakan PKPD ialah dua perumahan Ladang di Beluran, Sabah serta dua perkampungan Orang Asli di Pos Blau iaitu Kampung Blau dan Kampung Batang di Kelantan.

"Satu lokaliti di Pahang yang dikenakan PKPD ialah Kampung Orang Asli Sungai Lebak, Bentong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, selepas meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko, PKPD empat lokaliti di Kedah, Sabah dan Pahang dilanjutkan sehingga 3 September ini.

"Lokaliti yang dilanjutkan ialah Taman Nilam, Mukim Kuah, Langkawi; Kampung Baru Pasir Putih; Kampung Wallance Bay, Pulau Sebatik dan Kompleks Penjara Bentong termasuk kuarters perumahan.

"MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di lokaliti Kampung Morak, Mukim Kebakat, Tumpat, Kelantan; Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod, Sabah dan Felda Sungai Koyan 1 dan 2, Kuala Lipis, Pahang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 6:44 PM