GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Amir Abd Hamid
amir_hamid@mediaprima.com.my


Kuala Lumpur: Sebanyak 34 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang membabitkan Sabah, Kelantan, Johor, Sarawak dan Pahang bermula 29 Julai hingga 11 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 27 lokaliti daripadanya adalah di Sabah.

Lokaliti di Sabah adalah 11 lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.

"Lapan lokaliti di Penampang iaitu Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.

"Empat lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna. Tiga lokaliti di Tawau iaitu Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah.

"Turut dikenakan PKPD adalah Perumahan Ladang Tinabau di Kinabatangan," katanya dalam kenyataan media mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Katanya, lokaliti di Kelantan yang dikenakan perintah sama adalah Ladang Kerilla di Tanah Merah.

Lokaliti di Johor dikenakan PKPD bagi tempoh sama pula, katanya, adalah membabitkan Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang dan Kampung Pertanian serta Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai.

"Tiga lokaliti dalam Bahagian Kuching, Sarawak iaitu Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air selain Felda Jengka 7, Maran di Pahang turut dikenakan PKP.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 6:35 PM