Asrol Awang


Kuantan: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di sini, hari ini.

Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung hampir tiga jam.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri keluar dari perkarangan Istana Abdulaziz pada 1.38 tengah hari.

Beliau sekali lagi melambai kepada petugas media yang membuat liputan.

Difahamkan, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO dijadual mengadakan sidang media petang ini untuk memaklumkan senarai Jemaah Menteri.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di istana pada 10.53 pagi.

KONVOI berkereta yang membawa Ismail Sabri di pintu masuk Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, pagi tadi. FOTO Farizul Hafiz Awang
KONVOI berkereta yang membawa Ismail Sabri di pintu masuk Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota, pagi tadi. FOTO Farizul Hafiz Awang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 1:53 PM