Asrol Awang


Kuantan: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Abdulaziz di sini, hari ini, untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri tiba di istana pada jam 10.53 pagi dan sempat melambai ke arah petugas media yang menunggu.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari pangkalan Tentera Udara di Subang mendarat di Pangkalan Tentera Udara Kuantan pada jam 10.30 pagi.

Oleh kerana hanya ada satu pintu masuk ke istana, petugas media dan polis berkumpul di pintu masuk utama pada jam 9 pagi.

Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri yang bakal dilantik.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi isyarat bagus semasa pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di pekarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. FOTO Bernama
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi isyarat bagus semasa pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di pekarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 11:31 AM