FOTO hiasan
FOTO hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Tiada majlis menghadap oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagaimana dilaporkan sebuah media tempatan.

Sumber Istana Negara ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan laporan berkenaan adalah palsu.

Laporan itu menyatakan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 2:53 PM