Guar Chempedak: Pekerja Jerai Hill Resort yang hilang ketika fenomena kepala air berlaku di Gunung Jerai, petang tadi ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat pada 10.35 malam.
Mayat Sharuzi Mohamad, 53, ditemui di sebalik timbunan ranting kayu, daun dan dalam lumpur, pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dipercayai hanyut dibawa arus sebelum tersangkut berdekatan tangki air.
"Lokasi mayat mangsa ditemui sama dengan seorang lagi pekerja resort yang ditemui selamat petang tadi.
"Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan puncak Gunung Jerai ditamatkan pada 11.30 malam," katanya ketika ditemui.
Dalam insiden kira-kira 4.30 petang Rabu, tiga pekerja Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang hilang namun seorang hilang selepas mereka terperangkap akibat fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.
Berita berkaitan
• Nampak mayat lelaki tersangkut di pokok pisang depan rumah
• Kepala air di Gunung Jerai: Tiga selamat, seorang lagi hilang
• Lima kampung terjejas akibat kepala air Gunung Jerai
• Tiada pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai