Zuliaty Zulkiffli


Yan: Identiti tiga mangsa yang meninggal dunia di tiga lokasi berasingan dalam kejadian banjir kilat dan kepala air di daerah ini semalam sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa pertama adalah penduduk tempatan dikenali sebagai Ahmad Din, 64 ditemui pada 6.30 petang di Kampung Setoi.

"Mangsa kedua dikenali sebagai Shahruzi Mohamad, 53, yang ditemui di kawasan Kilometer 8, Gunung Jerai di Guar Chempedak, pada 11 malam tadi.

"Berdasarkan identitinya, mangsa menetap di Selangor namun bekerja di Jerai Hill Resort," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa ketiga ditemui di Kampung Titi Hayun dikenali sebagai Zainol Morad, 66, pada 12.30 tengah malam dan menetap di alamat di Taman Ria, Sungai Petani.

PUSAT Peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun yang terjejas berikutan kejadian banjir kilat akibat fenomena kepala air Gunung Jerai. FOTO Luqman Hakim Zubir.
PUSAT Peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun yang terjejas berikutan kejadian banjir kilat akibat fenomena kepala air Gunung Jerai. FOTO Luqman Hakim Zubir.

Shahnaz berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih hilang di kawasan Titi Hayun masih diteruskan.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat serta pegawai kanan polis turut meninjau kawasan operasi SAR hari ini.

Berita berkaitan

Tiga maut, tiga lagi masih hilang di Yan

Banjir Yan: Dua sah maut, satu masih hilang

Pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia

Nampak mayat lelaki tersangkut di pokok pisang depan rumah

Kepala air di Gunung Jerai: Tiga selamat, seorang lagi hilang

Lima kampung terjejas akibat kepala air Gunung Jerai

Tiada pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai

Tiga kategori PPS, asingkan mangsa banjir

Segerakan bantuan kepada mangsa banjir di Yan - Muhyiddin

'Arus mengganas luar biasa'

Anak menjerit ketakutan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 3:35 PM