BANJIR di Yan, Kedah. FOTO Ihsan Pembaca
BANJIR di Yan, Kedah. FOTO Ihsan Pembaca
BERNAMA

Alor Setar: Tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat operasi pada 1 pagi ini, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi Hayun.

"Ketiga-tiga mangsa (yang maut) adalah lelaki, dengan satu mangsa ditemukan di tanah runtuh jalan naik ke Gunung Jerai dan dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, berumur 53 tahun.

"Jenazah sudah diturunkan dan operasi (mencari dan menyelamat) akan disambung lagi kemudian," katanya menerusi aplikasi WhatsApp, awal pagi ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat akan bersambung semula 7 pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, antara lokasi terbabit banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Berita berkaitan

Banjir Yan: Dua sah maut, satu masih hilang

Pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia

Nampak mayat lelaki tersangkut di pokok pisang depan rumah

Kepala air di Gunung Jerai: Tiga selamat, seorang lagi hilang

Lima kampung terjejas akibat kepala air Gunung Jerai

Tiada pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai

Tiga kategori PPS, asingkan mangsa banjir

Segerakan bantuan kepada mangsa banjir di Yan - Muhyiddin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 8:10 AM